Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah
adalah hari yang disyariatkan umat
Islam menyambutnya sebagai hari
bergembira dan bersyukur di atas
nikmat yang Allah swt anugerahkan
kepada hamba-Nya yang berjaya
melakukan ibadat pada bulan
Ramadhan.
Oleh itu untuk mendapatkan
kesempurnaan sambutan ini,
hendaklah mengikut panduan sunnah
Rasulullah saw menyambut Hari Raya,
antaranya ialah;
1. Mandi sebelum keluar
menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan:
“Sesungguhnya Abdullah bin Umar ra
akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri
sebelum beliau keluar ke tempat solat
hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para
ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya
mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum keluar untuk
menunaikan solat hari raya ‘Eid alFitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan
selepas solat.
Ini berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari
daripada Anas bin Malik katanya:
“Sesungguhnya Rasulullah saw tidak
keluar pada pagi hari Raya al-Fitri,
sehinggalah Baginda makan terlebih
dahulu beberapa biji tamar…dan
baginda memakannya dalam jumlah
yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar,
makanlah sesuatu yang harus
dimakan.
Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani
mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini
kerana untuk mengelakkan (anggapan)
adanya tambahan dalam berpuasa,
ianya juga (petunjuk) bersegera
mentaati arahan Allah swt (untuk tidak
berpuasa pada hari tersebut).” [Fath alBari: 2/446].
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk
sunnah yang agung berdasarkan
firman Allah swt: Maksudnya: “Dan
hendaklah kamu mencukupkan
bilangannya dan hendaklah kamu
bertakbir mengagungkan Allah atas
petunjuknya yang diberikan kepada
kamu, supaya kamu bersyukur.” [AlBaqarah: 185].
Daripada al-Walid bin Muslim
katanya: “Aku bertanya kepada alAuza‟ie dan Malik bin Anas tentang
menzahirkan takbir pada dua hari raya.
Kata mereka berdua: “Ya, adalah
Abdullah bin Umar menzahirkan takbir
pada hari raya al-Fitri sehinggalah
Imam keluar (untuk menunaikan solat
raya).”
Waktu bertakbir bagi Hari Raya
al-Fitri ialah bermula pada malam raya
iaitu setelah tenggelamnya matahari
pada hari akhir Ramadhan sehingga
masuknya imam ke tempat solat untuk
solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi
Syaibah dengan sanad yang sahih
daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang
bertakbir pada hari Tasyrik dengan
lafaz:
اهللُ أكْبَرُ، اهللُ أكْبَرُ، -اهللُ أكْبَرُ-،
ال إنهَ إالَ اهللُ وَاهللُ أكْبَرُ،
اهللُ أكْبَرُ، وَنِهَهِ انْحًَْد.
Maksudnya: Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, tidak ada tuhan
yang berhak disembah melainkan Allah
dan Allah Yang Maha Besar, Allah
Yang Masa Besar dan bagi Allah
segala puji-pujian.”
Al-Mahamiliy (المحاملي) meriwayatkan
dengan sanad yang sahih juga tentang
lafaz takbir raya daripada Ibnu Mas‟ud:
اهللُ أكْبَرُ كَبِيْرا،ً اهللُ أكْبَرُ كَبِيْراً،
اهللُ أكْبَرُ وَأجَمّ، اهللُ أكْبَرُ،
وَنِهَهِ انْحًَْد.
Maksudnya: Allah Maha Besar
sebesar-besarnya, Allah Yang Maha
Besar sebesar-besarnya, Allah Yang
Maha Besar dan Yang Maha agung,
Allah Yang Maha Besar dan bagi Allah
segala pujian.” [Irwa‟ al-Ghalil: 3/126]
Kata ulama’: Ada keluasan dalam
lafaz takbir ini, mana-mana lafaz
boleh dibaca dan amalkan.
Diangkat suara dalam melafazkan
takbir bagi lelaki dan tidak bagi
perempuan. Ia dilakukan di merata
tempat; di masjid, di rumah dan di
pasar-pasar.
5. Ucapan Tahniah Pada Hari
Raya
Termasuk dalam adab berhari raya
ialah menyampaikan ucap tahniah
sesama muslim dengan sebarang
ucapan yang baik seperti ucapan:
Semoga – تَقَبَمَ اهللُ يَِّا وَيِّْكُىْ .1
Allah menerima (amalan) dari kami dan
anda semua).
Selamat) hari) – عِيْدُ يُبَارَكْ .2
raya yang diberkati.
Atau ucapan yang seumpama
dengan di atas yang terdiri dari
ungkapan-ungkapan tahniah yang
dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata:
“Para sahabat Nabi saw apabila
mereka bertemu sesama mereka pada
تُقَُِّلَ مِّنَا hari raya mereka mengucapkan
Ibnu Hajar berkata: Isnad , وَمِّنْكُمْ
(riwayat ini) Hasan. [Fath al-Bari:
2/446].
3. Antara ucapan yang masyhur
juga:
وكم عاو وأنتى بخير .
6. Berpakaian baru/cantik di Hari
raya
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi
saw mempunyai sehelai jubah yang
baginda akan memakainya untuk dua
hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu
Khuzaimah: 1765].
Memakai pakaian cantik pada hari
raya ini adalah untuk kaum lelaki.
Adapun untuk kaum wanita mereka
boleh mengenakan pakaian yang biasa
(di sebelah luar/atasnya) seperti sabda
Nabi saw: Maksudnya: “Jangan kamu
tegah hamba perempuan Allah dari
masjid Allah, tetapi hendaklah kaum
wanita keluar dalam keadaan
meninggalkan wangian” [HR: Ahmad
dan Abu Daud “Sahih”].
Keluar dengan berpakaian biasa di
luar dan tidak bertabarruj berhias dan
mengenakan wangian yang boleh
dihidu baunya oleh lelaki ajnabi.
Sekiranya wanita berkumpul dalam
kelompok mereka sahaja tidak
mengapa untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat solat melalui
jalan lain dan balik daripadanya
melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah
r.anhuma katanya: Maksudnya:
“Adalah Nabi saw, pada hari raya
baginda membezakan jalan (pergi dan
balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari:
986]
Dikatakan terdapat beberapa
hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza
tersebut menjadi saksi di hadapan
Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana
bumi akan membicarakan pada hari
kiamat apa yang dilakukan di atasnya
dari perkara-perkara yang baik dan
jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar
Islam.2
iii. Untuk menzahirkan zikir
kepada Allah swt.
iv. Untuk mengambil tahu keperluan
orang-orang yang memerlukan
sebarang bantuan atau untuk
menziarahi sanak saudara dan
menghubungkan silaturrahim.
8. Solat Hari Raya
Para ulama‟ berbeza pendapat
tentang hukum solat hari raya.
Sebahagian mengatakan hukumnya
sunat muakkad/ fardhu kifayah dan
fardhu ain (wajib), berdosa bagi
sesiapa yang meninggalkannya. Inilah
pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah,
pendapat ini dipilih juga oleh beberapa
orang ulama‟ semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari
Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu
dilaungkan azan dan iqamah.
Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat
pertama ada 7 kali takbir dan rakaat
kedua ada 5 kali takbir. Hukum
bilangan-bilangan takbir ini adalah
sunat bukan wajib. Jika takbir ini
tertambah atau terkurang, solat hari
raya tetap sah. Sunnah mengangkat
tangan ketika takbir-takbir ini kerana
thabit dari para sahabat Nabi saw.
b-Imam membaca pada rakaat yang
(سّح اسم ربل األعلى ) pertama surah al-A‟la
dan pada rakaat kedua membaca alGhasyiah ( الغاشية حديث أتاك هل)
berdasarkan hadis riwayat Muslim,
atau membaca surah Qaf (ق) pada
rakaat pertama dan membaca surah alQamar (القمر) pada rakaat kedua, juga
berdasarkan hadis riwayat Muslim.
Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi
saw.
c- Dilakukan solat raya terlebih
dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan
hadis Ibnu Abbas r’anhuma katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah saw
menunaikan solat hari raya sebelum
khutbah, kemudian baginda
berkhutbah.”
d- Menyegerakan solat hari raya
dan tidak memanjangkannya.
Disunatkan menyegerakan solat
hari raya selepas terbitnya matahari
(selepas waktu larangan).
Ibnu Hajar al-Asqalani telah
menukilkan di dalam Fath al-Bari:
“Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa
solat hari raya tidak dilaksanakan
sebelum atau ketika terbit matahari,
sebaliknya ia dilakukan ketika
disunatkan solat sunat.”
9. Keluar dengan berjalan kaki ke
tempat solat hari raya
Ibnu Majah meriwayatkan daripada
Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah
saw keluar ke tempat solat Hari Raya
dengan berjalan dan baginda pulang
darinya juga dengan berjalan.” [Sahih
Ibnu Majah “Hasan”]
Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang
berjalan kaki ke hari raya (tempat solat
hari raya) adalah lebih baik dan lebih
hampir kepada maksud tawadhu‟, dan
tidak mengapa bagi sesiapa yang
berkenderaan.”
Bagi mereka yang uzur atau
rumahnya jauh dari musalla / masjid
tidak mengapa naik kenderaan.
10. Wanita yang uzur juga keluar
menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk
menunaikan solat hari raya adalah
termasuk di dalam sunnah Nabi saw.
Untuk menyaksikan perhimpunan umat
Islam dan mendengar nasihat
(khutbah).
Dari Umm Atiyyah r.‟anha katanya:
“Kami disuruh oleh Nabi saw untuk
mengeluarkan mereka (semua wanita)
pada hari raya al-Fitri dan al-Adha;
wanita yang baru baligh atau hampir
baligh, wanita haid dan anak dara.
Adapun wanita haid diasingkan
daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat Fitrah
Nabi saw menyuruh membayar
zakat al-Fitr sebelum solat hari raya.
Harus mengeluarkannya sehari atau
dua hari lebih awal.
Imam al-Bukhari meriwayatkan:
“Adalah mereka (sahabat Nabi saw)
mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum
hari raya sehari atau dua hari.”
Sumber:
http://www.abuanasmadani.com/
Saturday, 18 August 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment