Doa
0 comments Monday 3 September 2012




Doa adalah senjata seorang mukmin. Jesteru, seharusnyalah kita sebagai seorang Muslim menggunakan dengan sepenuhnya senjata istimewa yang telah Allah SWT peruntukkan untuk kita...

Allah SWT menerusi RasulNya menganjurkan agar kita beramal dengan berdoa dan memohon kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Marilah sama-sama kita menjadikan doa sebagai rutin harian kita termasuk dalam bermunajat kepadaNya, dalam erti kata meletakkan pergantungan sepenuhnya terhadap Allah SWT dalam segala hal berkaitan dunia dan akhirat, daripada kita meletakkan harapan kepada sesama manusia yang sifatnya selemah kita...


0 comments Sunday 2 September 2012



BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahualam


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=452.msg91455#msg91455
http://syiarislam.wordpress.com/

0 comments Saturday 1 September 2012

Ulamak hadis mengatakan bahawa Hadis Qudsi itu ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya.

Hadis Qudsi itu adalah sama setingkat dengan firman Allah Ta'ala (Al-Quran), hanya dia diwahyukan secara langsung, yakni terus menerus kepada Nabi s.a.w di mana baginda pula telah menyampaikan kepada umatnya menerusi lisannya. Jadi kedudukan Hadis ini adalah di tengah-tengah antara firman Allah Ta'ala dan Hadis Nabi s.a.w.

Kesimpulan Hadis Qudsi ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadis-hadis yang lain tidak demikian. Hadis Qudsi itu dinamakan juga Hadis Ilahi atau Hadis Rabbani.

Himpunan Hadis Qudsi:

Sumber:
http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/06/penerangan-hadis-qudsi.html#ixzz255vUQlAI
http://lenggangkangkung-my.blogspot.jp/2012/04/hadis-qudsi.html

0 comments Friday 31 August 2012


Telah bersabda Rasulullah SAW: 
“Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung).”

(HR Bukhari dan Muslim)

0 comments Thursday 30 August 2012


Dari Abu Dzar r .a. katanya : 
"Rasulullah SAW bersabda : ''Janganlah engkau memandang rendah perbuatan baik itu sedikitpun, walaupun hanya menemui saudara engkau dengan muka manis."


1 comments Wednesday 29 August 2012

Kenapa pakai tudung atau berhijab?
Adakah kerana suruhan agama - kerana Allah yang suruh kita tutup aurat,
          atau atas kehendak orang yang hampir dengan kita,
                 atau kerana tuntutan keadaan sekeliling, nak masuk majlis atau sebagainya?

Sesuatu amal itu bergantung pada niat... InsyaAllah, sama2 betulkan niat kita dalam bertudung, dan cuba memahami serta memenuhi kehendak sebenar Islam dalam adab bertudung ini...

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama...
beberapa grafik menarik tentang pemakaian tudung mengikut Islam...
dan peringatan daripada Nabi Muhammad SAW berhubung perkara ini





Info berguna
http://dayanaluvbooks.blogspot.jp/2012/06/dosa-yang-dianggap-biasa.html

0 comments Tuesday 28 August 2012

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah:
 

WAHAI manusia, dengarlah baikbaik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkaraperkara kecil. 

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.


Kesimpulannya, antara intipati khutbah terakhir Nabi SAW - 3 perkara yang penting :

1. Mengenai HAK (Perlunya menunaikan HAK kepada setiap yang ber HAK)

2. Mengenai pentingnya mengamalkan agama sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW

3. Kepentingan usaha penyebaran agama ke seluruh dunia.

Khutbah terakhir ini juga sebenarnya merangkumi apa yang telah diperjuangkan Nabi SAW semasa usahanya selama 23 tahun di Mekah dan Madinah.

Selepas kewafatan Nabi, Sahabat2 RA yang diberi kefahaman tentang ucapan ini telah bertebaran ke seluruh alam sehinggakan mereka syahid di hujung-hujung dunia. Orang yang paling faham ialah Abu Bakar RA. Sebab itulah ketika kebanyakan orang Islam mengesyorkan supaya jemaah Usamah bin Zaid RA tidak perlu ke medan jihad sebaliknya bertahan sahaja di Madinah, Beliau berkata "Setiap orang telah mendengar kata-kata Nabi SAW supaya jemaah ini dikeluarkan ke medan jihad. Tidak ada gunanya tentera ini kalau kata=kata Nabi SAW tidak disempurnakan. Jemaah ini mesti dikeluarkan "

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9201.0