0 comments Friday 31 August 2012


Telah bersabda Rasulullah SAW: 
“Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung).”

(HR Bukhari dan Muslim)

0 comments Thursday 30 August 2012


Dari Abu Dzar r .a. katanya : 
"Rasulullah SAW bersabda : ''Janganlah engkau memandang rendah perbuatan baik itu sedikitpun, walaupun hanya menemui saudara engkau dengan muka manis."


1 comments Wednesday 29 August 2012

Kenapa pakai tudung atau berhijab?
Adakah kerana suruhan agama - kerana Allah yang suruh kita tutup aurat,
          atau atas kehendak orang yang hampir dengan kita,
                 atau kerana tuntutan keadaan sekeliling, nak masuk majlis atau sebagainya?

Sesuatu amal itu bergantung pada niat... InsyaAllah, sama2 betulkan niat kita dalam bertudung, dan cuba memahami serta memenuhi kehendak sebenar Islam dalam adab bertudung ini...

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama...
beberapa grafik menarik tentang pemakaian tudung mengikut Islam...
dan peringatan daripada Nabi Muhammad SAW berhubung perkara ini





Info berguna
http://dayanaluvbooks.blogspot.jp/2012/06/dosa-yang-dianggap-biasa.html

0 comments Tuesday 28 August 2012

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah:
 

WAHAI manusia, dengarlah baikbaik apa yang hendak kukatakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkaraperkara kecil. 

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.


Kesimpulannya, antara intipati khutbah terakhir Nabi SAW - 3 perkara yang penting :

1. Mengenai HAK (Perlunya menunaikan HAK kepada setiap yang ber HAK)

2. Mengenai pentingnya mengamalkan agama sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW

3. Kepentingan usaha penyebaran agama ke seluruh dunia.

Khutbah terakhir ini juga sebenarnya merangkumi apa yang telah diperjuangkan Nabi SAW semasa usahanya selama 23 tahun di Mekah dan Madinah.

Selepas kewafatan Nabi, Sahabat2 RA yang diberi kefahaman tentang ucapan ini telah bertebaran ke seluruh alam sehinggakan mereka syahid di hujung-hujung dunia. Orang yang paling faham ialah Abu Bakar RA. Sebab itulah ketika kebanyakan orang Islam mengesyorkan supaya jemaah Usamah bin Zaid RA tidak perlu ke medan jihad sebaliknya bertahan sahaja di Madinah, Beliau berkata "Setiap orang telah mendengar kata-kata Nabi SAW supaya jemaah ini dikeluarkan ke medan jihad. Tidak ada gunanya tentera ini kalau kata=kata Nabi SAW tidak disempurnakan. Jemaah ini mesti dikeluarkan "

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9201.0


0 comments Monday 27 August 2012

Betapa sempurna dan halus ajaran Islam.. sampai nak potong kuku pun Nabi SAW ajar kita...
Marilah sama-sama kita hidupkan sunnah yang nampak kecil, tetapi besar pengertiannya dalam Islam sehingga diperturunkan adab bagaimana hendak melakukannya...


0 comments Sunday 26 August 2012

Kita sering disogokkan dengan carta-carta popular, pelakon popular, penyanyi popular, malah pelbagai topik yang menyentuh perihal hal hiburan, dan seringkali yang tersenarai dalam kalangan2 yang popular ini menjadi bualan, idola dan ikutan ramai.

Namun, saya pasti ramai (termasuk saya la tu) tidak mengingati atau mengenali sahabat2 Rasulullah SAW yang telah dijamin oleh Allah syurga kepada mereka, sedangkan saya juga pasti, jauh disudut hati ramai daripada kita inginkan syurga Allah. Sepatutnyalah mereka2 ini lebih kita kenali, selari dengan apa yang kita cita2kan.

Berikut adalah senarai nama 10 sahabat2 tersebut:
1. Abu Bakar as-Siddiq ra
2. Umar Al-Khattab ra
3. Usman bin Affan ra
4. Ali bin Abi Thalib ra
5. Thalhah bin Ubaidillah ra
6. Zubair bin Awwam
7. Saad bin Abi Waqqas
8. Sa'id bin Zaid
9. Abdurrahman bin Auf
10. Abu Ubaidillah bin Jarrah

http://ensiklopediamuslim.blogspot.jp/2009/03/10-sahabat-dijamin-syurga.html


0 comments Saturday 25 August 2012


Kandungan Hadith

Hadith 40 adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in.

Terdapat sebanyak 42 buah hadith sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam.


0 comments Friday 24 August 2012



Pengenalan

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.

Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.


Penghulu Segala Hari

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: 
Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Malaikat Turun ke Bumi

Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

0 comments Thursday 23 August 2012

Tambahi Pahala Jauhi Dosa

Daripada Wabisah bin Makbud, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ‘ya’.
Maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. 
Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka”

Huraian
1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.
2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.
3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.



0 comments Wednesday 22 August 2012


Pengertian  Selawat

Selawat adalah jamak dari  kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat daripada Allah ,  memberi berkah dan ibadat .

Dalam kitab suci Al-Quran  Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat  kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah  salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab:ayat 56)

Selawat  kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1.  Selawat  Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti  Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi  Muhammad S.A.W kepadanya .

2.  Selawat  para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti  malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .

3. Selawat  manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon  kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti  kebenaran ajaran yang dibawanya .

Hukum Membaca Selawat

Para ulamak telah memberi berbagai  pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya :

1. Imam  Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di  antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .

2.Imam  Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud  awal dan akhir .

3. Abu  Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm  tasyahud awal atau akhir .

4. Abu  Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira  bilangannya .

5. Abu  Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur  hidup walaupun hanya sekali .

6. At-Thahawi  berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama  Nabi Muhammad S.A.W

7. Az-Zamakhsyari  berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .

8. Ibnu  Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan  yang disukai sahaja .

9. Ibnu  Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .

Kesimpulannya , membaca  selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang  amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu  penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi SAW.


Dalil-dalil  Hadis Tentang Selawat

1. Sabda  Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang  yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak  berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Trimidzi)

2. Sabda  Nabi s.a.w : “Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu  berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus. “ (Hadis  Riwayat Ahmad & Al-Khatib)

3. Sabda  Nabi s.a.w : “Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :  Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah  kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana  sahaja kamu berada.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda  Nabi s.a.w : “Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan  Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya.“ (Hadis  Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa  membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah  yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan  keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan  memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12971.0

1 comments Tuesday 21 August 2012


http://megatmohdfitri.wordpress.com/2010/09/29/13/

0 comments Monday 20 August 2012




http://silenceofasecret.blogspot.jp/2012/04/satu-hari-satu-sunnah-adab-memakai.html


0 comments Sunday 19 August 2012


Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

(Muslim)


Huraian
1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=723

0 comments Saturday 18 August 2012

Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah swt anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadhan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah saw menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar ra akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid alFitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat. 
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar…dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953]. Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ianya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath alBari: 2/446].

3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [AlBaqarah: 185]. Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada alAuza‟ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).” Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz: اهللُ أكْبَرُ، اهللُ أكْبَرُ، -اهللُ أكْبَرُ-، ال إنهَ إالَ اهللُ وَاهللُ أكْبَرُ، اهللُ أكْبَرُ، وَنِهَهِ انْحًَْد. Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”

Al-Mahamiliy (المحاملي) meriwayatkan dengan sanad yang sahih juga tentang lafaz takbir raya daripada Ibnu Mas‟ud: اهللُ أكْبَرُ كَبِيْرا،ً اهللُ أكْبَرُ كَبِيْراً، اهللُ أكْبَرُ وَأجَمّ، اهللُ أكْبَرُ، وَنِهَهِ انْحًَْد. Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Yang Maha Besar sebesar-besarnya, Allah Yang Maha Besar dan Yang Maha agung, Allah Yang Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.” [Irwa‟ al-Ghalil: 3/126] Kata ulama’: Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan. Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan:
Semoga – تَقَبَمَ اهللُ يَِّا وَيِّْكُىْ .1 Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua). Selamat) hari) – عِيْدُ يُبَارَكْ .2 raya yang diberkati. Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan. Jubair bin Nufair berkata: “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada تُقَُِّلَ مِّنَا hari raya mereka mengucapkan Ibnu Hajar berkata: Isnad , وَمِّنْكُمْ (riwayat ini) Hasan. [Fath al-Bari: 2/446].
3. Antara ucapan yang masyhur juga: وكم عاو وأنتى بخير .

6. Berpakaian baru/cantik di Hari raya
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi saw mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765]. Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah dari masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”]. Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986] Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
 i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.2
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt. iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.

8. Solat Hari Raya
Para ulama‟ berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama‟ semasa. Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw.
b-Imam membaca pada rakaat yang (سّح اسم ربل األعلى ) pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca alGhasyiah ( الغاشية حديث أتاك هل) berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah alQamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.
c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas r’anhuma katanya: “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”

9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”] Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu‟, dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.” Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah). Dari Umm Atiyyah r.‟anha katanya: “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”

11. Zakat Fitrah
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

Sumber:
http://www.abuanasmadani.com/

0 comments Friday 17 August 2012

Nama:
Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.

Nama-nama lain:
Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran:
Abu Qasim , Al-Amin.

Bangsa:
Arab Quraisy.

Agama:
Islam.

Tarikh Lahir:
Hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal ) bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi:
Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir:
Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik:
Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu:
Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan:
Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] , Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh:
Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri:
Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun  bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak:
Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara:
Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa:
Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam:
Hamzah , Al-A’bbas; Sufiah , Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan:
Mariah al-Qibtiah , Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki:
Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat:
Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam:
Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran:
Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit:
Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal:
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis , keseluhan badan  tidak berbulu.
• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang Rasul:
Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus:
Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.

Pendidikan:
Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan:
Gembala Kambing, Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul:
Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama:
Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama:
Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan:
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan  jin .
• Ketua Pemerintah  kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan:
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu:
Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam:
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat:
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan:
Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan:
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Penglibatan Dalam Peperangan:
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Catat Rekod Dunia:
Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi:
‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi:
Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi:
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi:
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi:
“Jadikanlah kamu  sebagai orang musafir yang sedang dalam  perjalanan.”

Wasiat Nabi:
Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi:
Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat:
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Sumber: http://www.skpt.edu.my/pend-islam/133-biodata-nabi-muhammad-saw


0 comments Thursday 16 August 2012

Subhanallah! Terharu tengok tapak-tapak tinggalan Nabi SAW. Nabi junjungan kita tinggal di rumah ni selama 28 tahun

0 comments Wednesday 15 August 2012

0 comments



Apa itu 'SUNNAH'?

Mengikut istilah Al-Hadith:
Segala yang dipindahkan dari Nabi Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan mahupun diamnya Nabi SAW, sebelum Nabi SAW diangkat sebagai Rasul atau sesudahnya.
Kebanyakan ahli hadith menetapkan bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian HADITH.
http://www.mymasjid.net.my/?mod=article_content&mod2=605

 Pengertian 'Ahli Sunnah Wal Jamaah':
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0