Wednesday 22 August 2012


Pengertian  Selawat

Selawat adalah jamak dari  kalimat solat . Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat daripada Allah ,  memberi berkah dan ibadat .

Dalam kitab suci Al-Quran  Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat  kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah  salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab:ayat 56)

Selawat  kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1.  Selawat  Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti  Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi  Muhammad S.A.W kepadanya .

2.  Selawat  para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W , bererti  malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .

3. Selawat  manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon  kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti  kebenaran ajaran yang dibawanya .

Hukum Membaca Selawat

Para ulamak telah memberi berbagai  pendapat tentang hokum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W diantaranya :

1. Imam  Syafie mengatakan , selawat itu wajib dibacakan dlm tasyahud akhir, iaitu di  antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .

2.Imam  Asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud  awal dan akhir .

3. Abu  Jaafar Al-Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm  tasyahud awal atau akhir .

4. Abu  Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira  bilangannya .

5. Abu  Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur  hidup walaupun hanya sekali .

6. At-Thahawi  berpendapat , selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama  Nabi Muhammad S.A.W

7. Az-Zamakhsyari  berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .

8. Ibnu  Jarir At-Thabari berpendapat , berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan  yang disukai sahaja .

9. Ibnu  Qashshar berpendapat , berselawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .

Kesimpulannya , membaca  selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang  amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu  penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi SAW.


Dalil-dalil  Hadis Tentang Selawat

1. Sabda  Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang  yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak  berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Trimidzi)

2. Sabda  Nabi s.a.w : “Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu  berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus. “ (Hadis  Riwayat Ahmad & Al-Khatib)

3. Sabda  Nabi s.a.w : “Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :  Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah  kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana  sahaja kamu berada.“ (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda  Nabi s.a.w : “Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan  Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya.“ (Hadis  Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa  membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah  yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan  keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan  memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12971.0

0 comments:

Post a Comment